Monday, January 25, 2016

Mimpi

Saya susah nak bermimpi. Tapi semalam dapat mimpi yang susah saya nak lupakan. Teringat mimpi tu walaupun ia hanyalah mainan tidur.

Awak. Saya mimpi awak, saya dan kawan - kawan kita pergi bercuti. Tapi tak sangka kita terjumpa seseorang di sana. Awak tau siapa? Awak terjumpa nadia dan keluarga. Tapi, awak jujur dengan saya. Awak beritahu saya semuanya termasuklah setiap perbualan awak dengan nadia sekeluarga.

Saya pulak. Awak kenalkan saya dengan nadia dan keluarga. Selepas kenal kita teruskan aktiviti kita sampailah hari kedua dekat sana. Masa tu saya turun lobby hotel dengan kawan saya dan saya terserempak dengan nadia.

Dalam mimpi saya. Nadia minta nk slow talk dengan saya. Saya izinkan dengan syarat dia kena tanya apa saja soalan depan kawan saya dan keluarga nadia. Nadia setuju.

Awak tau apa dia tanya? Dia tanya kenapa saya hadir dalam hubungan awak dan dia dulu? Dia tanya kenapa saya sanggup sebabkan awak dan dia bergaduh? Dia tanya kenapa saya rampas awak dari dia?

Jujur saya terkejut dengar soalan dia. Awak tau apa jawapan saya? Saya jawab 'nadia, saya tak pernah kenal nadia. Macam mana saya nak rampas nadia dari dia. Saya tak pernah tau nadia dan dia bercinta. Paling penting saya kenal dia sebagai kawan dan saya percaya saya kenal dia lebih awal dari nadia. Saya tak akan sesekali musnahkan sebuah perhubungan hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Nadia terdiam bila dengar saya jawab. Nadia cakap 'saya tak akan pernah berhenti untuk dapatkan dia. Tak akan pernah.' Saya balas 'nadia, awak dah ada tunang. Jagalah tunang awak dengan sebaik-baiknya'. Nadia terkejut bila saya tau dia dah bertunang.

Saya cakap lagi 'nadia, kalau awak nak cuba dapatkan dia, silakan. Tapi pastikan awak tak ada sebarang komitmen pada orang lain. Kalau awak rasa awak boleh dapatkan dia kembali, silakan. Saya tak pernah kata dia milik saya sebab saya tak nak dia rasa terkongkong. Saya benarkan dia memilih yang terbaik untuk dia. Kalau awak yakin dia akan kembali pada awak, silakan. Nadia, satu saja saya nak pesan 'awak yang lepaskan dia dulu. Awak yang tinggalkan dia. kalau awak dah cuba dan dia tak nak kembali pada awak, lupakan dia. Tolong, lepaskan dia selama-lamanya. Move on, nadia.' Lepas tu saya pun tinggalkan nadia macam tu saja dalam keadaan dia bengang dengan saya.

Awak, bila ingat balik saya terfikir. Macam mana tiba-tiba nadia dan awak boleh masuk dalam mimpi saya. Tapi, macam awak pernah cakap 'mimpi itu mainan tidur'. Jadi saya anggap saja semua tu palsu.

Awak, i think i miss you.

Sunday, January 24, 2016

Apa yang saya suka tentang awak?

Rasanya saya tak pernah lagi beritahu awak secara details apa yang saya suka tentang awak. Jadi, hari ni saya nak tulis.

1. Kelakar 

Awak selalu buat saya ketawa. Susah saya nak cakap serius dengan awak. Rasanya selama kita kenal sekali je awak pernah betul-betul serius dengan saya. Yang lain mesti akan penuh dengan senyuman dan ketawa. Saya selalu ketawa sorang-sorang bila baca apa yang awak tulis sampai kawan-kawan pejabat saya pelik tengok saya.

2. Penyabar

Bagi saya awak seorang yang sangat susah nak marah. Penat saya cuba buat awak marah. Tapi, awak tak marah juga. Kadangkala saja je saya menyakat awak sebab saya nak tengok sejauh mana kesabaran awak. Tapi, awak tetap tenang.

3. Positif

Awak antara orang paling positif saya pernah jumpa. Macam mana susahpun awak akan tetap positif. Cara awak berfikir buat saya rasa tenang. Awak selalu ubah perspektif orang lain dengan sifat positif awak.

4. Pendengar yang baik

Saya selalu bercerita macam-macam dekat awak. Saya stress kerja saya cerita. Saya tengah serabut pun saya cerita dekat awak. Tapi, awak tetap setia mendengar. Saya selalu tertanya-tanya samada awak bosan atau tidak dengar saya bercerita.

5. Utamakan keluarga

Awak tau. Salah satu kriteria yang saya tekankan bila mencari pasangan adalah orang yang utamakan keluarga sebab saya tak nak keluarga saya huru-hara di masa akan datang. Saya suka seorang yang letakkan keluarganya di tangga teratas. Dan ya. Awak selalu utamakan mak awak. Saya suka tengok cara awak layan mak awak. Sebab saya percaya kalau awak boleh jaga mak awam dengan baik, InsyaAllah awak boleh jaga saya dengan baik.

Saya hanya boleh senaraikan 5 perkara yang saya suka tentang awak. Yang lain biarlah ia jadi rahsia saya. Saya berdoa semoga semua yang saya suka tentang awak akan terus berkekalan.


Awak. Kenapa awak suka saya ye?

Client

Client : Assalamualaikum. Boleh cakap?

Me : waalaikumussalam. Boleh encik.

Client : tak pergi mana-mana ke cuti ni?

Me : tak ada la encik. Banyak kerja tak siap lagi

Client : pergi la keluar jumpa boyfriend. Ke awak tak ada boyfriend?

Me : hah?

Client : kalau tak ada meh saya tolong carikan. Saya ramai kawan-kawan tak kahwin lagi ni. Nak lelaki yang macam mana semua ada.

Me : eh. Tak pe encik. Tak payah susah-susah. Saya boleh cari sendiri.

Jadi salesperson, kadangkala soalan yang diterima langsung tak ada kaitan dengan kerja. Nak marah client tak boleh. Bukan seorang client je suka tanya macan ni. Ramai yang suka jadi agen pencari jodoh. Me? Ulang je la ayat yang sama dekat setiap client.

Awak. Jangan risau. Saya masih ingat awak. 

Ada

Ada rasa yang tak mampu terluah
Ada kata yang tak mampu terlafaz
Ada jiwa yang tak mampu menyerah
Ada hati yang tak mampu dimiliki

Saturday, January 23, 2016

Hati

Hati saya hanya untuk awak. Awak telah memenuhi kriteria yang saya perlukan, bukan apa yang saya mahukan. Jadi hanya awak yang layak memiliki sijil cinta hati saya. Saya harap awak juga memiliki rasa yang sama.

Cerita petang

Me : mak, ada nak jalan mana-mana tak?

Mak : kalau abah tak jadi pegi mana-mana, kita pergi kuala pilah nak?

Adik lelaki : nak pegi shopping la tu.

Mak : pegi tengok-tengok. Ada duit lebih kakak beli la.

Me : ha? Nak beli buat apa?

Mak : beli lepas tu simpan buat merisik atau nikah. Nanti tak payah beli dah.

Me : aik. Kenapa saya plak kena?

Adik - adik : (semua pakat gelak)

Mak, saya pun tak tau bila nak kahwin.

Tentang bunga

Boy : nah, untuk awak.

Girl : hah? Apa ni?

Boy : ambil je. Saya nak bagi awak.

Girl : tapi kenapa?

Boy : kerana saya suka awak.

Girl : eh, tak pe. Tak payah susah-susah.

Boy : ambil saja (berlalu pergi dan tinggalkan sekuntum bunga di sisi gadis)

Cerita benar yang pernah berlaku. Perasaan? Pelik dan takut.


I don't like to get anything from a boy that i never ever like especially the red roses and i also don't like to request for anything from a boy that i like.