Aku pernah membenci lelaki selain dari keluargaku sendiri satu ketika dulu. Aku pernah tidak mempercayai lelaki satu ketika dulu.
Kenapa? Kerana lelaki selalu menyakiti aku. Bagi aku lelaki hanya pandai mengambil peluang dan kesempatan semata-mata.
Lelaki. Aku pernah memberi peluang untuk seorang lelaki. Ya. Dia berjaya meraih kepercayaan aku. Dia berjaya mengubah persepsi aku ketika itu. Tapi, dia juga menghancurkan dan memusnahkan kepercayaan aku.
Alam pekerjaan ternyata mencabar aku. Bekerja sebagai juruteknik yang mana hanya aku sahaja perempuan ketika itu betul-betul memberi tekanan. Bagaimana untuk aku bekerja dalam keadaan aku tidak percaya pada lelaki?
Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia hadirkan seorang lelaki yang ternyata berbeza. Seorang lelaki yang mengambil berat. Seorang lelaki yang buatkan aku kembali mempercayai masih ada lagi lelaki baik di dunia ini.
Awak, saya tahu awak akan baca semua ni. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya saat hati saya hancur berderai dan terluka. Awak hidupkan kembali cinta yang hilang dari hidup saya. Awak cahaya. Awak penguat jiwa saya. Awak cinta yang saya inginkan. Moga awak penamat pencarian teman hidup saya.
No comments:
Post a Comment