Tuesday, July 5, 2016

Cinta Lalu

4 hari lepas berbicara tentang cerita cinta zaman poli dengan teman baik. Berbicara apa akan terjadi andai insan yang pernah mencintai aku kembali. Tanpa disangka-sangka bicara itu menjadi realiti. Seseorang kembali tanpa dipinta. 

Sungguh, Allah menguji. Dia menguji kesetiaan aku. Dia menguji sejauh mana hati dan perasaan aku mampu bertahan. Aku bersyukur kerana hati dan perasaan aku tidak berubah walau sedikit. Aku hargai betapa sukarnya untuk aku dapatkan cinta kini.

Allah. Hanya ada satu nama dalam doaku setiap hari. Seandainya telah Engkau takdirkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dan hatiku melalui ikatan pernikahan yang halal dan diredhai. Kau permudahkan urusan kami untuk menghalalkan perhubungan kami. Kau bantulah kami untuk mendapatkan restu kedua ibu bapa kami. Dan seandainya Engkau takdirkan dia bukan milikku, Kau jauhkanlah dia dariku. Kau gantikanlah dia dengan yang lain. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah dan bergantung harap.

Awak, saya sayang awak. Jangan pernah lepaskan saya walau apapun terjadi.

No comments:

Post a Comment