Entah kenapa aku rindu melihat wajah dia. Melihat dia, aku terasa tenang. Aku rasa bahagia. Aku rasa gembira. Setiap tutur katanya buat aku teringin untuk hentikan waktu. Dari saat aku berada di hadapannya tidak jemu-jemu aku mencuri pandang untuk melihat dia. Aku tahu dia perasan kerana dia seringkali cuba untuk melarikan wajahnya. Sengaja aku biarkan dia dan temanku berbicara agar aku boleh terus memerhatikan dia. Wajah itu terus segar dalam mindaku. Wajah itu terus terlakar dalam bayanganku. Aku rindu dia. Dia yang aku cinta dari dulu. Aku mohon agar dia yang pertama dan terakhir buatku. Akan aku sematkan nama dan wajahnya dalam hati dan fikiranku hingga ke hujung nafas terakhirku. Mencintai dia anugerah teristimewa untukku. Dia satu dalam berjuta. Tiada galang gantinya. Buat kamu, jangan pernah berhenti mencintaiku. Jangan pernah kamu lepaskan aku. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment