Melihat namanya tertera
Ada bermacam rasa
Perasaan itu berubah
Menjadi satu ketakutan
Yang berpanjangan
Melihat namanya tertera
Terasa nadi terhenti seketika
Darah tidak mengalir
Kerana ketakutan itu
Menguasai diri
Satu persatu bicara
Terimbas di pandangan mata
Cuba untuk dilupakan ia
Namun tidak berjaya
Kerana ketakutan mengatasi segalanya
Mungkin saja semuanya
Tidak seperti sediakala
Mungkin saja perlukan masa
Untuk mencuba redakan ia
Perasaan yang melanda dalam jiwa
Mungkin saja
Kerana ia sangat terkesan
Dalam jiwa
Sehingga tidak mampu
Untuk dilepaskan dari minda
Sungguh
Ada rasa sesak dalam dada
Ada rasa pedih tidak terhingga
Cukup buat diri
Tidak mampu lagi berkata-kata
No comments:
Post a Comment