Me : mak, ada nak jalan mana-mana tak?
Mak : kalau abah tak jadi pegi mana-mana, kita pergi kuala pilah nak?
Adik lelaki : nak pegi shopping la tu.
Mak : pegi tengok-tengok. Ada duit lebih kakak beli la.
Me : ha? Nak beli buat apa?
Mak : beli lepas tu simpan buat merisik atau nikah. Nanti tak payah beli dah.
Me : aik. Kenapa saya plak kena?
Adik - adik : (semua pakat gelak)
Mak, saya pun tak tau bila nak kahwin.
Saturday, January 23, 2016
Tentang bunga
Boy : nah, untuk awak.
Girl : hah? Apa ni?
Boy : ambil je. Saya nak bagi awak.
Girl : tapi kenapa?
Boy : kerana saya suka awak.
Girl : eh, tak pe. Tak payah susah-susah.
Boy : ambil saja (berlalu pergi dan tinggalkan sekuntum bunga di sisi gadis)
Cerita benar yang pernah berlaku. Perasaan? Pelik dan takut.
I don't like to get anything from a boy that i never ever like especially the red roses and i also don't like to request for anything from a boy that i like.

Tak sedar diri
Aku melihat sendiri bagaimana seorang teman bergaduh dengan tunangnya hanya kerana kad kahwin. Aku melihat sendiri bagaimana seorang teman dimarahi hanya kerana senarai barangan keperluan rumah yang tidak sempat ditulis. Aku melihat sendiri bagaimana seorang teman bergaduh besar hanya kerana tunangnya nak beli kasut berharga rm1000 sebagai barang hantaran. Aku juga melihat sendiri kawan aku kena marah hanya kerana tak panggil tunangnya dengan panggilan 'abang'.
Hei. Aku benci lelaki macam tu. Dah la biarkan tunang buat semuanya sendiri. Dah buat kau mengamuk sebab tak ikut spesifikasi kau nak. Rasa bagus sangat kenapa tak buat sendiri.
Mengamuk pasal kad kahwin. Aku tengok sendiri macam mana kawan aku bersusah payah pilih kad kahwin. Tunjuk dekat kau semua kena reject. Macam-macam alasan kau bagi. Bila kawan aku tak sempat cari kau ugut nak putuskan pertunangan.
Barangan rumah. Kau ingat senang ke nak senaraikan semuanya. Dah la kawan aku susah payah cari rumah sewa sendiri. Tapi kau sebagai tunang langsung tak hargai. Apa yang kawan aku dapat. Makian dari kau sebab dia lambat tulis senarai. Kau dah kenapa? Kau nak beli semua barang dengan alasan nak jadikan rumah tu sebuah rumah. Tapi kau punya demand sampai nak barang pun dari ikea. Paling aku marah, semua barang kau nak guna duit kawan aku.
Kasut? Hebat sangat ke kasut harga rm1000 tu? Boleh elak api neraka ke kalau pakai kasut tu. Rm1000 untuk sepasang kasut? Baik la kau guna untuk benda lain. Aku tak kisah kalau kau guna duit sendiri. Tapi kasut hantaran pun kau nak guna duit kawan aku.
Panggilan. Selama korang bercinta korang panggil 'i', 'you', 'baby'. Lagi 3 bulan nak kahwin kau suruh kawan aku panggil 'sayang', 'abang'. Bila kawan aku tersasul panggil lain, kau marah kawan aku. Kau mengamuk dah cakap 'benda senang pun tak boleh buat'. Hei. Kau ingat senang ke nak tukar panggilan dalam sekelip mata.
Aku marah bila kau kata kawan aku perempuan tak sedar diuntung. Bagi aku kau sebenarnya lelaki yang paling tak sedar diri. Patut kau bersyukur sebab kawan aku tak tinggalkan kau. Kawan aku layak untuk dapat lelaki yang lebih baik dari kau. Kalau aku jadi kawan aku, memang dah lama aku tinggalkan kau.

Friday, January 22, 2016
Tulisan Itu Jiwa
Tulisan itu adalah jiwa
Yang terlontar melalui bait-bait aksara
Untuk lupakan seketika
Setiap rasa yang sepertinya tiada
Tulisan itu adalah jiwa
Lontaran kata berlainan nada
Sukar dimengerti kisah disebaliknya
Perlukan fahaman sedalam-dalamnya
Yang terlontar melalui bait-bait aksara
Untuk lupakan seketika
Setiap rasa yang sepertinya tiada
Tulisan itu adalah jiwa
Lontaran kata berlainan nada
Sukar dimengerti kisah disebaliknya
Perlukan fahaman sedalam-dalamnya
Sembunyi
Sembunyi. Adakah saya sembunyikan sesuatu dari awak? Soalan yang saya terdiam tak mampu nak jawab. Kenapa? Sebab saya sendiri tak tau jawapan terbaik yang saya boleh bagi.
Saya tau awak ada keraguan. Saya tau awak nak jawapan yang cukup terperinci. Sama macam saya nak jawapan yang terperinci. Saya tau awak lebih suka kalau saya berterus terang.
Macam awak tau. Saya pernah ada prinsip. Tapi sekarang saya dah langgar hampir semua prinsip saya dulu. Saya tak salahkan awak sebab saya sendiri yang pilih untuk lupakan semua prinsip saya seiring peredaran waktu.
Macam mana saya nak mulakan. Ya. Saya sembunyikan beberapa perkara dari awak. Ya. Saya lebih suka jaga hati awak dari diri sendiri. Sebab apa? Sebab saya tau macam mana nak rawat diri sendiri tapi saya tak tau macam mana nak rawat hati orang lain. Saya suka tengok awak gembira. Bagi saya tu dah cukup.
Awak tanya saya samada saya ok atau tidak bila awak balas mesej lambat? Ini jawapan saya. Ada masanya saya ok tapi ada masanya saya tak ok. ya. Saya akui ada ketikanya saya betul-betul nak awak balas mesej saya secepat mungkin. Ya. Pernah sekali saya betul-betul perlukan awak tapi bila saya tau ada perkara yang lebih penting awak perlu buat, saya lupakan. Ya, saya tau. Saya tak boleh pentingkan diri. Saya tau awak juga punya prioriti. Ya. Ada masanya saya sangat perlukan awak. Tapi, saya tau saya tak boleh bergantung pada awak. Saya kena belajar survive.
Awak tanya saya samada saya ok atau tidak bila awak sibuk bekerja? Awak. Kita bekerja dalam bidang yang sama. Saya sibuk. Awak juga sibuk. Saya ada tekanan saya sendiri. Awak juga ada tekanan sendiri. Ya. Jujur saya suka kita yang dulu. Tapi, tak semua benda kita boleh dapat. Saya tau bila kita masing-masing sibuk dan tertekan saya tak boleh tambah apa-apa perkara yang boleh menimbulkan pergaduhan. Saya tak nak sebab saya nak hargai setiap masa yang saya ada. Masa kita tak banyak. Saya nak setiap waktu yang saya ada saya gunakan sebaik-baiknya.
Jarak? Awak, bohong kalau saya kata jarak tak terkesan dekat saya. Tapi, saya tau. Saya tak boleh tamak. Awak, bila kita mula berjumpa saya tau saya akan berharap untuk saya jumpa awak lagi. Awak tau macam mana saya buat untuk lupakan semua. Saya cakap dekat diri belum tentu saya dapat jumpa awak, kalau awak datang sini. Saya cakap dekat diri sendiri lebih baik jangan berjumpa sebab saya tau bila berdua itu bahaya. Sekurang-kurangnya jarak selamatkan kita. Saya selalu pesan dekat diri 5 tahun dulu saya tak pernah jumpa awak. Jadi saya pasti boleh survive untuk masa akan datang.
Awak. Saya tak tau jawapan saya memenuhi kehendak awak atau tidak. Tapi ini saja yang saya boleh katakan. Saya diamkan diri kerana saya suka tengok awak bahagia. Saya suka tengok awak gembira. Saya suka setiap kali awak tertekan dengan kerja, awak call saya sebab sekurang-kurangnya awak boleh luahkan semuanya. Saya suka dengar awak bercerita. Ya. Saya suka jaga hati awak.
Semua yang saya simpan biarkan saya simpan. Awak jangan risau. Saya tau macam mana saya nak rawat diri sendiri. Saya tau macam mana untuk lepaskan apa yang saya rasa. Awak, bagi saya masa.
Awak, terima kasih berikan saya satu kenangan yang saya tak pernah lupa. Terima kasih untuk lafaz 'saya sayangkan awak' semalam. Awak tau. Dah lama saya tunggu sebab saya tak tau perasaan sebenar awak pada saya. Saya tertanya-tanya. Saya tak tau samada awak betul-betul sayangkan saya atau awak masih perlukan masa.
Awak, thanks for everything. Saya sayangkan awak dan tak pernah sedikitpun rasa itu berkurang. Awak orang pertama yang saya sayang sepenuh hati dan saya harap awak orang terakhir untuk saya. Saya sayangkan awak dan tak pernah berhenti sayangkan awak kerana awak lengkapkan saya.

Thursday, January 21, 2016
Perempuan
Perempuan
kena belajar berdikari
Belajar, bekerja cari duit sendiri
jangan ingat nak harap suami bila dah kawin nanti
Perempuan
Kalau asyik harap lelaki
takut nanti kena tinggal rebah sendiri
Masa tu jangan menangis menyesali
Perempuan
Kalau satu hari nanti
Ikatan pernikahan terlerai sendiri
Sekurang - kurangnya mampu terus berdiri
Perempuan
Jangan terlalu percaya pada sebuah janji
Harus diingat setiap insan punya berlainan hati
Bila-bila masa boleh berubah nanti
Subscribe to:
Posts (Atom)