Sembunyi. Adakah saya sembunyikan sesuatu dari awak? Soalan yang saya terdiam tak mampu nak jawab. Kenapa? Sebab saya sendiri tak tau jawapan terbaik yang saya boleh bagi.
Saya tau awak ada keraguan. Saya tau awak nak jawapan yang cukup terperinci. Sama macam saya nak jawapan yang terperinci. Saya tau awak lebih suka kalau saya berterus terang.
Macam awak tau. Saya pernah ada prinsip. Tapi sekarang saya dah langgar hampir semua prinsip saya dulu. Saya tak salahkan awak sebab saya sendiri yang pilih untuk lupakan semua prinsip saya seiring peredaran waktu.
Macam mana saya nak mulakan. Ya. Saya sembunyikan beberapa perkara dari awak. Ya. Saya lebih suka jaga hati awak dari diri sendiri. Sebab apa? Sebab saya tau macam mana nak rawat diri sendiri tapi saya tak tau macam mana nak rawat hati orang lain. Saya suka tengok awak gembira. Bagi saya tu dah cukup.
Awak tanya saya samada saya ok atau tidak bila awak balas mesej lambat? Ini jawapan saya. Ada masanya saya ok tapi ada masanya saya tak ok. ya. Saya akui ada ketikanya saya betul-betul nak awak balas mesej saya secepat mungkin. Ya. Pernah sekali saya betul-betul perlukan awak tapi bila saya tau ada perkara yang lebih penting awak perlu buat, saya lupakan. Ya, saya tau. Saya tak boleh pentingkan diri. Saya tau awak juga punya prioriti. Ya. Ada masanya saya sangat perlukan awak. Tapi, saya tau saya tak boleh bergantung pada awak. Saya kena belajar survive.
Awak tanya saya samada saya ok atau tidak bila awak sibuk bekerja? Awak. Kita bekerja dalam bidang yang sama. Saya sibuk. Awak juga sibuk. Saya ada tekanan saya sendiri. Awak juga ada tekanan sendiri. Ya. Jujur saya suka kita yang dulu. Tapi, tak semua benda kita boleh dapat. Saya tau bila kita masing-masing sibuk dan tertekan saya tak boleh tambah apa-apa perkara yang boleh menimbulkan pergaduhan. Saya tak nak sebab saya nak hargai setiap masa yang saya ada. Masa kita tak banyak. Saya nak setiap waktu yang saya ada saya gunakan sebaik-baiknya.
Jarak? Awak, bohong kalau saya kata jarak tak terkesan dekat saya. Tapi, saya tau. Saya tak boleh tamak. Awak, bila kita mula berjumpa saya tau saya akan berharap untuk saya jumpa awak lagi. Awak tau macam mana saya buat untuk lupakan semua. Saya cakap dekat diri belum tentu saya dapat jumpa awak, kalau awak datang sini. Saya cakap dekat diri sendiri lebih baik jangan berjumpa sebab saya tau bila berdua itu bahaya. Sekurang-kurangnya jarak selamatkan kita. Saya selalu pesan dekat diri 5 tahun dulu saya tak pernah jumpa awak. Jadi saya pasti boleh survive untuk masa akan datang.
Awak. Saya tak tau jawapan saya memenuhi kehendak awak atau tidak. Tapi ini saja yang saya boleh katakan. Saya diamkan diri kerana saya suka tengok awak bahagia. Saya suka tengok awak gembira. Saya suka setiap kali awak tertekan dengan kerja, awak call saya sebab sekurang-kurangnya awak boleh luahkan semuanya. Saya suka dengar awak bercerita. Ya. Saya suka jaga hati awak.
Semua yang saya simpan biarkan saya simpan. Awak jangan risau. Saya tau macam mana saya nak rawat diri sendiri. Saya tau macam mana untuk lepaskan apa yang saya rasa. Awak, bagi saya masa.
Awak, terima kasih berikan saya satu kenangan yang saya tak pernah lupa. Terima kasih untuk lafaz 'saya sayangkan awak' semalam. Awak tau. Dah lama saya tunggu sebab saya tak tau perasaan sebenar awak pada saya. Saya tertanya-tanya. Saya tak tau samada awak betul-betul sayangkan saya atau awak masih perlukan masa.
Awak, thanks for everything. Saya sayangkan awak dan tak pernah sedikitpun rasa itu berkurang. Awak orang pertama yang saya sayang sepenuh hati dan saya harap awak orang terakhir untuk saya. Saya sayangkan awak dan tak pernah berhenti sayangkan awak kerana awak lengkapkan saya.
No comments:
Post a Comment