Monday, March 14, 2016

Gadis

Awak, sejak awak kata awak annoying dekat seorang gadis, terdetik sesuatu di hati. Bila tengok reaksi awak, saya tau ada yang tak kena. 

Awak, bila awak tunjukkan saya semua text gadis tu dengan awak, saya tau gadis tu sukakan awak. Kerana saya juga seorang perempuan, saya tau gadis tu ada hati dekat awak.

Awak, jujur pertama kali saya rasa tak selesa. Saya tak pernah kisah dengan siapa awak kawan atau apa awak buat sebab saya langsung tak ada hak nak halang.

Awak, my mind kept recall everything. Jujur terdetik rasa cemburu. Masa saya dengan awak sangat kurang. Kadangkala saya takut. Takut dengan jarak.

Awak, walaupun perasaan saya kali ni sedikit berbeza, saya nak awak tau saya takkan halang awak berkawan dengan gadis tu. Saya nak awak terus berkawan dengan dia. Saya tau saya boleh percayakan awak dan saya harap awak takkan kecewakan saya. 

No comments:

Post a Comment