Selamat hari lahir cinta. Sebab birthday awak 3 hari bulan 3, nah tiga kali saya bagi ucapan. Hehe..
Awak anugerah terindah yang Allah berikan pada saya. Awaklah cinta hati saya, awaklah kesayangan saya bahkan awaklah penyeri hidup saya.
Awak. Jujur ada rasa terkilan sebab saya dan awak jauh. Saya harap saya dapat raikan hari istimewa awak tapi, jarak jadi penghalang. Tak mengapa. Saya cuma nak awak tau awak sentiasa dalam ingatan saya.
Awak. Saya tak ada hadiah yang boleh saya berikan pada awak. Saya tak ada kejutan yang saya mampu berikan pada awak. Saya hanya boleh doakan awak dari jauh. Saya mohon pada Allah moga awak sentiasa dilindungi walau di mana awak berada. Saya mohon awak sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Saya doakan diri awak dan perasaan awak penuh dengan kasih sayang. Saya nak awak bahagia, gembira selalu.
Awak. InsyaAllah, satu hari nanti saya nak raikan hari istimewa awak bersama-sama. Bila masanya? Biarlah Allah tentukan perjalanan hidup kita.
Awak, kita bertemu kerana Ilahi. Kita jatuh hati juga kerana Dia. Moga saja kita berani dan tabah mengharungi setiap liku-liku kehidupan ini.
5 tahun saya tunggu detik istimewa ini. Siapa sangka hari ni impian saya jadi nyata. I love you my dear. I will always love you.
No comments:
Post a Comment