Macam mana nak mula ye... Jujur awak nampak macam saya banyak cakap tapi bila soalan melibatkan perasaan, saya agak berhati -hati... saya tak pandai tanya soalan secara terus sebab saya terbiasa untuk fikir baik dan buruk sesuatu soalan... disebabkan itulah saya banyak simpan dan diamkan...
Semalam awak minta saya tanya saja soalan yang buat saya tertanya-tanya... banyak sebenarnya tapi saya takut... saya takut kalau saya tanya ia akan melukai hati awak... buat awak tersinggung..
Awak, saya tak pandai berkata-kata.... jadi saya menulis... menulis itu lebih mudah buat saya... jujur, saya ragu untuk biarkan awak baca... tapi saya tau hanya dengan cara ini saya boleh luahkan segalanya...
Awak, bila saya tanya macam mana awak luahkan perasaan awak dekat nadia tu ada sebab sebenarnya... saya nak tau betapa kuat atau rapuhnya saya... kalau awak perasan sepanjang awak bercerita saya pernah terdiam sekejap... bila awak tanya perasaan saya bila awak dah ceritakan segalanya, jujur saya tak mampu jawab... sebab saya sendiri tak tau perasaan saya masa tu...
Awak, bila awak tanya saya kenapa saya teringin nak jumpa nadia juga saya ada sebab... mungkin awak tak tau.. tapi sepanjang awak dengan nadia, saya sentiasa ikuti perkembangan awak dengan nadia... saya ingat macam mana nadia pernah surprisekan awak... saya ingat setiap gambar yang pernah ada dalam facebook awak... bodoh kan... lukakan hati sendiri masa tu... saya nak jumpa nadia sebab saya nak tanya kenapa dia lepaskan awak? Kenapa dia lukakan hati awak? Saya marah sebab saya hilang seorang kawan masa awak dengan nadia... awak tau tak betapa sedihnya saya masa tu... awak janji awak takkan tinggalkan kawan disebabkan cinta.. tapi itu yang awak buat pada saya... awak ulang balik apa yang pernah terjadi pada saya.. saya tak salahkan awak sebab awak tak pernah tau kisah silam saya... kalau awak nak tau, orang yang pernah saya suka tinggalkan saya bila dia kenal perempuan lain... kerana itu saya cukup terasa hati masa tu...
Awak, saya takut sebenarnya... bila saya fikirkan semuanya saya takut... saya takut saya tak mampu jadi yang terbaik... saya takut dengan masa hadapan... bila macam-macam terjadi di sekeliling saya, saya jadi takut... awak tau kenapa? Sebab saya tau kalau saya kecewa lagi kali ni, saya dah tak mampu nak bangun... saya akan rebah sebab hati saya dah tak ada ruang untuk orang lain...
Monday, January 18, 2016
Sunday, January 10, 2016
Jejaka teristimewa
Setelah terluka kerana cinta
Aku nekad lupakan segalanya
Kerana parut itu masih ada
Dan rasa terhina masih tidak reda
Namun siapa sangka hati terbuka
Jatuh hati pada seorang jejaka baik budinya
Rasa fobia itu masih ada
Lantas berdiam diri itu jalan penyelesaiannya
Dari jauh ku lihat dia
Hati gembira ketika memandangnya
Setiap hari ternantikan dia
Bahagia seketika walau hanya dalam rahsia
Lima tahun memendam rasa
Entah kenapa aku tetap menanti dirinya
Walau aku sedar mungkin aku bertepuk sebelah tangan cuma
Namun hati tetap berkata teruskan ia
Siapa sangka kota bangkok sejarah tercipta
Aku nekad lafazkan segalanya
Takut, bimbang semuanya ada
Gagahkan diri untuk berbicara
Alhamdulillah ku panjat syukur padaNya
Tidak ku sangka impian jadi nyata
Rupanya percaturan Dia ternyata sempurna
Cinta bertaut dalam dua jiwa
Aku dan dia bermula sebagai teman kerjaya
Akhirnya berubah menjadi teman berbicara
Kini dia jejaka teristimewa
Dalam hati tiada galang gantinya
Jika ditanya impian aku padanya
Aku mahu dia jadi syurga aku di sana
Moga dipermudahkan tautan dua jiwa
Tiba masanya aku milik dia
Buat kamu jejaka teristimewa
Aku mohon setia itu selama-lamanya
Terima kasih terima segalanya
Aku gadis tidak sempurna
Kali pertama memandangmu, aku tahu aku jatuh cinta pada dirimu.. kali pertama aku mengenalimu... aku tahu aku ingin mendapatkan cintamu...

Saturday, January 9, 2016
Pengajaran bermakna
Aku pernah jatuh cinta
Pada seorang jejaka kacak berwajah cina
Perkenalan dihulur walau ada rasa ragu mulanya
Entah mengapa aku terasa untuk terima dia
Dia jejaka baik aku kira
Buat aku tertawa dalam setiap tutur bicara
Kerana dia happy go lucky orangnya
Tanpa sedar aku dan dia bertambah mesra
Satu hari dia mulakan bicara
Rahsia dibongkar sedalam-dalamnya
Siapa sangka dia jatuh cinta
Pada aku gadis biasa malah skema
Aku akui aku juga ada rasa padanya
Namun untuk terima aku perlukan masa
Aku fikir sedalam-dalamnya
Akhirnya aku sambut cinta darinya
Jujur bahagia cukup terasa
Aku dan dia berlumba-lumba
Untuk cemerlang setinggi-tingginya
Saling memberikan sokongan hingga ke akhirnya
Siapa sangka satu kursus merubah segalanya
Dia menjauh secara tiba-tiba
Aku menangis meratap hiba
Bila aku tahu dalam diam ada gadis cuba mendekatinya
Aku cuba untuk tidak percaya
Tapi bila semua teman rapat bercerita tentangnya
Aku sendiri melihat bukti-bukti yang nyata
Hancur luluh hati berderai segalanya
Aku tanyakan pada dia
Apa terjadi antara kita
Dia berkata dia sibuk tidak punya masa
Dia mohon maaf atas kesilapan darinya
Aku maafkan kerana masih ingin percaya
Namun dia semakin jauh dari nyata
Akhirnya kata putus aku minta
Aku relakan apa jua pengakhirannya
Akhirnya dia lepaskan segalanya
Katanya dia bukan terbaik buat gadis sempurna
Dia mohon maaf atas segala-galanya
Tinggalkan aku sendiri tanpa sebarang alasan yang nyata
Aku jadi gadis di luar jangka
Menangis, meratapi setiap malam hingga bengkak mata
Kerana kisah cinta yang aku ingin manis pengakhirannya
Siapa sangka semuanya bernoktah sedemikian rupa
Aku nekad tidak lagi percaya
Mana-mana jejaka selepas dia
Itu cukup pengajaran bermakna
Untuk aku agar tidak mudah jatuh cinta

Puisi buat Pencuri Hati
Kita bertemu tanpa sengaja
Perkenalan dihulur kerana kerjaya
Tanpa dijangka ada hati yang terbuka
Tidak sedar bila segalanya bermula
Setiap detik terasa lama
Ingin saja diputarkan masa
Untuk bertemu dia yang dicinta
Walaupun sedar siapa dimatanya
Kisah terhenti buat sementara
Namun rasa tidak pernah berhenti bernyawa
Untuk diluah segala tentangnya
Tak terjangkau dek akal untuk melafazkannya
Siapa sangka indah percaturannya
Tiba masanya mimpi jadi nyata
Alhamdulillah ku panjat syukur padaNya
Kabulkan impian sepantas cahaya
Dia pencuri hati kelas pertama
Dia cinta yang telah lama didamba
Segunung harapan disandarkan padanya
Kerana dengannya daku percaya
Dia insan satu-satunya
Tiada dua tiada tiga
Bertahun sudah dari jauh memerhatikannya
Ubati rindu sepi tanpanya
Buat kamu insan yang aku cinta
Tiada janji mampu dikata
Cuma satu mampu dikota
Cintai kamu sebaik-baiknya
Kerana kamu pencuri hati kelas pertama
Izinkan aku berada di dalamnya
Life give me memory and full of passion

Monday, December 14, 2015
If you asked
Dear you
If you ask me whether i miss you or not
For sure i'm totally missing you
But deep in my heart, i know i need to fight the feeling
Dear you
If you ask me whether i love you or not
Yes, i do love you
Since beginning i'm totally fall in love with you
Dear you
If you ask me whether long distance relationship is okay for me or not
I can tell you sometimes i feel like i want to give up
Because i'm afraid that i'm not strong enough
Dear you
If you ask me whether i feeling sad or not
Honestly sometimes my tears broke down
But i know i should be happy because you are always there for me

Dia
Dia
Anugerah terindah dari pencipta
Insan teristimewa tiada galang gantinya
Cinta pertama dan terakhir yang ingin di punya
Dia
Bicaranya, telatahnya seringkali buat diri tertawa
Tidak pernah sekali mengguris hati insan tercinta
Dia
Kejujuran, kepercayaan itu senjata utama
Agar kesetiaan berpanjangan sehingga pengakhirannya
Dia
Satu-satunya insan yang bertakhta di dalam jiwa
Moga saja kekal bahagia untuk selama-lamanya

Subscribe to:
Posts (Atom)