Setelah terluka kerana cinta
Aku nekad lupakan segalanya
Kerana parut itu masih ada
Dan rasa terhina masih tidak reda
Namun siapa sangka hati terbuka
Jatuh hati pada seorang jejaka baik budinya
Rasa fobia itu masih ada
Lantas berdiam diri itu jalan penyelesaiannya
Dari jauh ku lihat dia
Hati gembira ketika memandangnya
Setiap hari ternantikan dia
Bahagia seketika walau hanya dalam rahsia
Lima tahun memendam rasa
Entah kenapa aku tetap menanti dirinya
Walau aku sedar mungkin aku bertepuk sebelah tangan cuma
Namun hati tetap berkata teruskan ia
Siapa sangka kota bangkok sejarah tercipta
Aku nekad lafazkan segalanya
Takut, bimbang semuanya ada
Gagahkan diri untuk berbicara
Alhamdulillah ku panjat syukur padaNya
Tidak ku sangka impian jadi nyata
Rupanya percaturan Dia ternyata sempurna
Cinta bertaut dalam dua jiwa
Aku dan dia bermula sebagai teman kerjaya
Akhirnya berubah menjadi teman berbicara
Kini dia jejaka teristimewa
Dalam hati tiada galang gantinya
Jika ditanya impian aku padanya
Aku mahu dia jadi syurga aku di sana
Moga dipermudahkan tautan dua jiwa
Tiba masanya aku milik dia
Buat kamu jejaka teristimewa
Aku mohon setia itu selama-lamanya
Terima kasih terima segalanya
Aku gadis tidak sempurna
Kali pertama memandangmu, aku tahu aku jatuh cinta pada dirimu.. kali pertama aku mengenalimu... aku tahu aku ingin mendapatkan cintamu...
No comments:
Post a Comment