Kita bertemu tanpa sengaja
Perkenalan dihulur kerana kerjaya
Tanpa dijangka ada hati yang terbuka
Tidak sedar bila segalanya bermula
Setiap detik terasa lama
Ingin saja diputarkan masa
Untuk bertemu dia yang dicinta
Walaupun sedar siapa dimatanya
Kisah terhenti buat sementara
Namun rasa tidak pernah berhenti bernyawa
Untuk diluah segala tentangnya
Tak terjangkau dek akal untuk melafazkannya
Siapa sangka indah percaturannya
Tiba masanya mimpi jadi nyata
Alhamdulillah ku panjat syukur padaNya
Kabulkan impian sepantas cahaya
Dia pencuri hati kelas pertama
Dia cinta yang telah lama didamba
Segunung harapan disandarkan padanya
Kerana dengannya daku percaya
Dia insan satu-satunya
Tiada dua tiada tiga
Bertahun sudah dari jauh memerhatikannya
Ubati rindu sepi tanpanya
Buat kamu insan yang aku cinta
Tiada janji mampu dikata
Cuma satu mampu dikota
Cintai kamu sebaik-baiknya
Kerana kamu pencuri hati kelas pertama
Izinkan aku berada di dalamnya
Life give me memory and full of passion
No comments:
Post a Comment