Aku pernah jatuh cinta
Pada seorang jejaka kacak berwajah cina
Perkenalan dihulur walau ada rasa ragu mulanya
Entah mengapa aku terasa untuk terima dia
Dia jejaka baik aku kira
Buat aku tertawa dalam setiap tutur bicara
Kerana dia happy go lucky orangnya
Tanpa sedar aku dan dia bertambah mesra
Satu hari dia mulakan bicara
Rahsia dibongkar sedalam-dalamnya
Siapa sangka dia jatuh cinta
Pada aku gadis biasa malah skema
Aku akui aku juga ada rasa padanya
Namun untuk terima aku perlukan masa
Aku fikir sedalam-dalamnya
Akhirnya aku sambut cinta darinya
Jujur bahagia cukup terasa
Aku dan dia berlumba-lumba
Untuk cemerlang setinggi-tingginya
Saling memberikan sokongan hingga ke akhirnya
Siapa sangka satu kursus merubah segalanya
Dia menjauh secara tiba-tiba
Aku menangis meratap hiba
Bila aku tahu dalam diam ada gadis cuba mendekatinya
Aku cuba untuk tidak percaya
Tapi bila semua teman rapat bercerita tentangnya
Aku sendiri melihat bukti-bukti yang nyata
Hancur luluh hati berderai segalanya
Aku tanyakan pada dia
Apa terjadi antara kita
Dia berkata dia sibuk tidak punya masa
Dia mohon maaf atas kesilapan darinya
Aku maafkan kerana masih ingin percaya
Namun dia semakin jauh dari nyata
Akhirnya kata putus aku minta
Aku relakan apa jua pengakhirannya
Akhirnya dia lepaskan segalanya
Katanya dia bukan terbaik buat gadis sempurna
Dia mohon maaf atas segala-galanya
Tinggalkan aku sendiri tanpa sebarang alasan yang nyata
Aku jadi gadis di luar jangka
Menangis, meratapi setiap malam hingga bengkak mata
Kerana kisah cinta yang aku ingin manis pengakhirannya
Siapa sangka semuanya bernoktah sedemikian rupa
Aku nekad tidak lagi percaya
Mana-mana jejaka selepas dia
Itu cukup pengajaran bermakna
Untuk aku agar tidak mudah jatuh cinta
No comments:
Post a Comment