Sunday, March 20, 2016

For You

To the best guy I've ever met,

You are the best decision I've ever make in my life. You bring me joy and happiness. You are the most loving guy which always taking care of me. I promised you that I will stay loyal to you. You are my strength, my support, my everything. Thank you for accepting me as who I am. Thank you for always be there besides me. Thank you for all the unexpected moments that you gave to me. Thank you. Thank you for everything.

Love, 
Me

Saturday, March 19, 2016

Quote 5

"A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differences."

Siapa?

Antara awak dan saya, siapa agaknya yang memiliki lebih banyak perasaan cinta?

Awak atau saya?

Wednesday, March 16, 2016

Alasan

Terkadang kita mencipta alasan-alasan kecil hanya untuk menyatakan kita rindu. Namun, seringkali ego mengatasi segalanya hingga kita menolak untuk berkata 'saya rindu' untuk sekian kalinya.

Kadangkala

Kadangkala terluka namun diamkan
Kadangkala kecewa namun lupakan
Kadangkala disakiti namun hilangkan
Kerana kadangkala itu sebenarnya amat menyakitkan

Tuesday, March 15, 2016

Kahwin

Awak tanya pernah tak saya rasa saya betul-betul nak kahwin. Jujur, ya. Memang saya pernah rasa. Siapa yang tak nak kahwin. Saya percaya semua orang punya impian yang sama.

Awak. Jujur kalau awak tanya bila saya nak kahwin, kalau boleh saya nak secepat mungkin. Bukan sebab kawan-kawan saya dah kahwin tapi sebab saya tau saya perlukan awak. Awak adalah kekuatan saya. Awak ketenangan saya. Setiap hari saya berdoa moga Allah permudahkan segala urusan kita. 

Awak. Saya juga sedar. Saya tak boleh paksa awak buat keputusan. Saya tak boleh bagi tekanan dekat awak. Saya kena bagi awak masa. Saya tak nak awak rasa terpaksa. Saya nak awak buat keputusan dengan seikhlas hati.

Awak. Bagi saya, dah sampai masanya saya serius. Jujur sebelum ni saya tak berapa kisah. Tapi, sekarang saya nak fokus. Selama dengan awak dekat sini, saya sedar saya nak awak sentiasa dekat dengan saya. Saya sedar saya nak awak selalu ada dengan saya. Saya  juga sedar saya perlukan awak. Saya juga sedar jarak beri kesan kepada saya dalam diam.

Dear, do you think we can do that?


Monday, March 14, 2016

Gadis

Awak, sejak awak kata awak annoying dekat seorang gadis, terdetik sesuatu di hati. Bila tengok reaksi awak, saya tau ada yang tak kena. 

Awak, bila awak tunjukkan saya semua text gadis tu dengan awak, saya tau gadis tu sukakan awak. Kerana saya juga seorang perempuan, saya tau gadis tu ada hati dekat awak.

Awak, jujur pertama kali saya rasa tak selesa. Saya tak pernah kisah dengan siapa awak kawan atau apa awak buat sebab saya langsung tak ada hak nak halang.

Awak, my mind kept recall everything. Jujur terdetik rasa cemburu. Masa saya dengan awak sangat kurang. Kadangkala saya takut. Takut dengan jarak.

Awak, walaupun perasaan saya kali ni sedikit berbeza, saya nak awak tau saya takkan halang awak berkawan dengan gadis tu. Saya nak awak terus berkawan dengan dia. Saya tau saya boleh percayakan awak dan saya harap awak takkan kecewakan saya. 

Terima kasih

Awak,
Terima kasih sebab awak jaga batasan awak.
Terima kasih sebab awak tak pernah sekalipun cuba untuk sentuh saya
Terima kasih sebab awak tak pernah cuba buat macam-macam dekat saya

Awak,
Terima kasih sebab awak menjaga pergaulan awak
Terima kasih untuk tidak layan mana-mana gadis yang sukakan awak
Terima kasih sebab jujur dan setia sehingga saat ini


Sunday, March 13, 2016

Unusual

What happened yesterday kept recall in my mind. All the feelings kept appear all together. Shocked, happy, funny all blend well.

We went out for sightseeing when suddenly a woman walked in front of us. A woman to be exact selling flowers for charity. That woman stopped and ask him whether he would like to buy roses. He had some conversations with the woman and suddenly he decided to buy one of the roses and gave it to me.

I've got shocked because I know that was his unusual reaction. I know him as one of a guy which is not romantic at all. So, when he suddenly reacted like that it was totally different. Is it true or i'm just dreaming?

My feeling? I felt shy. Yes, i do love flowers especially roses but i never ever dream i've got it from the one that i love. Furthermore, got flower in front of public is something that only a brave guy can do it.

Dear you, I know you will read this. I believed you also cannot believed on what have you done. But, thank you. Thank you for everything. I've never imagine that you had done that to me. Until now, I'm still don't believed it.

You are not a romantic guy. But, you are someone that full of surprise and yes, you are someone that is unpredictable.

Tomorrow i need to travel back. I wish i can spend more time with you. But, i don't think i can do it anymore.

Saturday, March 12, 2016

Wish for My Best Friend

Kawan karib masa politeknik nikah. Tengok gambar-gambar majlis terus menangis sebab sedih tak dapat ada di sisi dia. My best friend got married and i'm away because of work. 

My best friend, selamat pengantin baru. Selamat menjadi seorang isteri. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Jadilah seorang isteri yang sentiasa ada di sisi suaminya dalam susah mahupun senang dan jadilah seorang isteri yang sentiasa menggembirakan suami. Selamat membina syurga impian.

Thursday, March 3, 2016

Selamat Hari Lahir, Cinta

Selamat hari lahir cinta. Sebab birthday awak 3 hari bulan 3, nah tiga kali saya bagi ucapan. Hehe..

Awak anugerah terindah yang Allah berikan pada saya. Awaklah cinta hati saya, awaklah kesayangan saya bahkan awaklah penyeri hidup saya.

Awak. Jujur ada rasa terkilan sebab saya dan awak jauh. Saya harap saya dapat raikan hari istimewa awak tapi, jarak jadi penghalang. Tak mengapa. Saya cuma nak awak tau awak sentiasa dalam ingatan saya.

Awak. Saya tak ada hadiah yang boleh saya berikan pada awak. Saya tak ada kejutan yang saya mampu berikan pada awak. Saya hanya boleh doakan awak dari jauh. Saya mohon pada Allah moga awak sentiasa dilindungi walau di mana awak berada. Saya mohon awak sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Saya doakan diri awak dan perasaan awak penuh dengan kasih sayang. Saya nak awak bahagia, gembira selalu.

Awak. InsyaAllah, satu hari nanti saya nak raikan hari istimewa awak bersama-sama. Bila masanya? Biarlah Allah tentukan perjalanan hidup kita.

Awak, kita bertemu kerana Ilahi. Kita jatuh hati juga kerana Dia. Moga saja kita berani dan tabah mengharungi setiap liku-liku kehidupan ini.

5 tahun saya tunggu detik istimewa ini. Siapa sangka hari ni impian saya jadi nyata. I love you my dear. I will always love you.