Sunday, January 15, 2017

Aku dan Kamu

Entah kenapa aku rindu melihat wajah dia. Melihat dia, aku terasa tenang. Aku rasa bahagia. Aku rasa gembira. Setiap tutur katanya buat aku teringin untuk hentikan waktu. Dari saat aku berada di hadapannya tidak jemu-jemu aku mencuri pandang untuk melihat dia. Aku tahu dia perasan kerana dia seringkali cuba untuk melarikan wajahnya. Sengaja aku biarkan dia dan temanku berbicara agar aku boleh terus memerhatikan dia. Wajah itu terus segar dalam mindaku. Wajah itu terus terlakar dalam bayanganku. Aku rindu dia. Dia yang aku cinta dari dulu. Aku mohon agar dia yang pertama dan terakhir buatku. Akan aku sematkan nama dan wajahnya dalam hati dan fikiranku hingga ke hujung nafas terakhirku. Mencintai dia anugerah teristimewa untukku. Dia satu dalam berjuta. Tiada galang gantinya. Buat kamu, jangan pernah berhenti mencintaiku. Jangan pernah kamu lepaskan aku. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Terima kasih.

Thursday, January 12, 2017

Awk

I really miss my love one. Awk teman, awk sahabat, awk kekasih, awk cinta hati, awk segala-galanya buat sy. I do love you from beginning till the end.

Wednesday, January 11, 2017

7 Januari 2017

Sy tak pernah sangka hari ini akan tiba. Sy tak pernah sangka lelaki yang selama ini sy sayang akan pilih sy untuk jadi sebahagian dari hidup dia. Dari hari pertama awk lafazkan niat awk untuk jadikan sy isteri awk, jujur sy tak menaruh harapan. Sy takut sy akan dikecewakan sekali lagi.

Tapi awk yakinkan sy untuk menyayangi awk. Awk yakinkan sy untuk teruskan hubungan kita dengan sebaik-baiknya. Dan bila mana awk meminta izin untuk kedua ibu bapa kita bertemu, jujur sy kelu. Sy takut. Sy risau. Sy bimbang. Sy gementar. Tapi awk tenangkan sy dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Awk. Sy tak akan pernah lupakan saat mak awk sarungkan cincin ke jari manis sy. Perasaan sy bercampur-baur. Sy takut dan dalam masa yang sama sy gembira. Sy takut sy tak mampu bahagiakan awk. Sy takut sy akan lukai awk. Tapi sy gembira kerana awk jadi sebahagian dari hidup sy.

Awk. Sy tak akan berjanji untuk mencintai awk selama-lamanya kerana hati manusia mudah berubah. Sy cuma mampu berjanji sy akan cuba yang terbaik dalam menjayakan hubungan kita. Awk cinta pertama sy. Sy mahu awk jadi cinta terakhir sy.

Moga Allah permudahkan perjalanan kita untuk menghalalkan hubungan ini. Moga kita berjaya mengharungi setiap dugaan dan cabaran selamanya.

Awk, please be my partner forever. Do love me without any regret. I love you for 7 years and InsyaAllah will love you forever.


Regards,
Your Fiancé