Friday, July 8, 2016

Jangan

Jangan lupa aku
Walau di mana kau berada
Jangan lupa aku
Walau apa saja melanda
Jangan lupa aku
Walau apapun penamatnya
Jangan
Jangan pernah lupa

Masih Ada

Ralit membaca setiap bait bicara
Setahun yang lalu cukup istimewa
Tersenyum buat seketika
Namun tiba-tiba duka melanda
Masihkah punya waktu merasai bahagia
Atau akan ada pengakhiran tanpa rela
Sungguh aku ingin gembira

Lupakan Saja

Kadangkala terselit rasa sedih
Tapi dengan pantas bicara pada diri
Agar tidak terlalu ambil peduli
Lupakan saja jangan ambil hati

Tuesday, July 5, 2016

Cinta Lalu

4 hari lepas berbicara tentang cerita cinta zaman poli dengan teman baik. Berbicara apa akan terjadi andai insan yang pernah mencintai aku kembali. Tanpa disangka-sangka bicara itu menjadi realiti. Seseorang kembali tanpa dipinta. 

Sungguh, Allah menguji. Dia menguji kesetiaan aku. Dia menguji sejauh mana hati dan perasaan aku mampu bertahan. Aku bersyukur kerana hati dan perasaan aku tidak berubah walau sedikit. Aku hargai betapa sukarnya untuk aku dapatkan cinta kini.

Allah. Hanya ada satu nama dalam doaku setiap hari. Seandainya telah Engkau takdirkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dan hatiku melalui ikatan pernikahan yang halal dan diredhai. Kau permudahkan urusan kami untuk menghalalkan perhubungan kami. Kau bantulah kami untuk mendapatkan restu kedua ibu bapa kami. Dan seandainya Engkau takdirkan dia bukan milikku, Kau jauhkanlah dia dariku. Kau gantikanlah dia dengan yang lain. Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah dan bergantung harap.

Awak, saya sayang awak. Jangan pernah lepaskan saya walau apapun terjadi.

Monday, July 4, 2016

Alkisah

Me : Mak, budak lelaki yang pernah suka saya kat poli tu tiba-tiba muncul balik.

Mak : Dia kat mana sekarang?

Me : Katanya kerja dekat Penang. Komtar.

Mak : Hah? Penang juga.

Me : A'ah. Penang. Tak kisah la dia muncul balik. Saya tetap pilih kawan saya E _ _ _ tu.

Mak : *senyum je.

Mesti la pilih jejaka yang dah harungi susah senang bersama. I love you for the past 6 years. And yes, my love for you getting deeper and deeper every single day.

Sunday, July 3, 2016

Ujian

Ujian untuk aku
Bila mana seseorang yang pernah mencintai aku kembali
Namun aku bersyukur
Kerana hati dan perasaan aku tetap pada yang satu

Awak, walau siapapun yang hadir atau kembali dalam hidup saya, awak tetap satu-satunya yang saya cintai.