Tuesday, September 20, 2016

Ada

Ada ketika
Hati terluka
Namun,
Siapa aku
Untuk meminta
Jangan tamak
Akan anugerahNya

Aku Rindu

Aku rindu waktu dulu
Bila mana kita punya waktu
Untuk sama-sama bercerita
Tentang segalanya

Aku rindu waktu dulu
Bila mana kita berteman
Dan saling menyembunyikan
Segala isi hati

Aku rindu waktu dulu
Bila mana masa bukan halangan
Untuk kita bergelak ketawa
Tanpa rasa jemu

Jujur aku rindu
Segala-galanya tentang kita
Satu ketika dulu

Ada Harga

Ada harga yang perlu dibayar untuk setia
Ada harga yang perlu dibayar untuk pengorbanan
Ada harga yang perlu dibayar untuk satu ikatan
Ada harga yang perlu dibayar untuk secebis rindu

Bayarannya?
Tidak terhitung oleh aku dan kamu

Monday, September 19, 2016

Abah

Abah tak sihat. Abah masuk wad buat kali kedua dalam seminggu. Bila doktor check, ada luka dalam usus kecil. Abah kena puasa lagi untuk check buat kali ketiga.

Bila abah sakit, aku doa abah cepat sembuh. Aku tahu beberapa bulan kebelakangan ni abah memang tak berapa sihat sebab tu abah minta tukar tempat kerja balik.

Abah, saya nak abah terus sihat. Saya nak abah sendiri tengok saya kahwin. Saya nak abah jadi wali saya. Saya nak abah sendiri nikahkan saya. Saya nak abah sendiri lepaskan saya dekat bakal suami saya. Saya nak menangis sebab gembira bila abah lepaskan saya. 

Abah, saya tak tau bila masanya tiba untuk syurga saya beralih tangan. Tapi, saya tahu abah adalah lelaki pertama dalam hidup saya. Abah satu-satunya lelaki yang tak akan pernah sakiti saya. Abah lelaki yang saya cintai sepenuh hati sampai bila-bila. Abah hero saya. 

Abah, I promised you I will be a good daughter to you and mak and I promised you that I will be a good wife as much as mak be an awesome wife to you.

Thursday, September 15, 2016

Hi Awak

Hi awak,

Saya rindu awak walaupun kadangkala tengah seronok bergurau terpaksa berhenti dengan tiba-tiba.

Monday, September 12, 2016

Kecil Hati

Terkadang ada rasa kecil hati. Tapi, cepat-cepat pesan pada diri sendiri agar sedapkan hati dan lupakan saja apa terjadi.

Friday, September 9, 2016

The Only One

Allah is the only one that I can let go of my real feeling. No other person. The only one that can understand every single sadness and happiness that I have.

Tuesday, September 6, 2016

Pengharapan

Aku fikir aku tak berharap. Tapi rupanya aku silap. Aku berharap sehingga aku letakkan pengharapan itu lebih dari yang sepatutnya. Dan kerana itu aku terluka tanpa aku sedar. 

Just Stop

I never bother about it before this. I just smile when some people keep asking me that question. But now, that question hurts me a lot. The married question. Please just stop asking me that. Just stop. I don't want to hear or talk about it anymore. Not even a single word.

Monday, September 5, 2016

I ❤ U

I didn't hear that sentence live from you for such a long time. You made my night today.

I love you and I miss you so much. 😄😁😄

Lots of love,
Me ❤

Sunday, September 4, 2016

Smile

How many time do you meet him?

Do you see him?

How do you know your love is truth?

Why you choose him?

Do you trust long distance relationship?

That moment when I got above questions from lots of people, I just can smile and talked to myself 'It's okay. Just let it be'.

Dia

Aku kenal dia 6 tahun lepas. Masa tu aku baru lepas kecewa ditinggalkan orang yang aku sayang. Perit, sedih semua bercampur-baur. Dia hadir hanyalah sebagai seorang rakan sekerja. Masih aku ingat lagi pertama kali dia ajak aku sarapan bersama dan aku tolak. Kenapa? Kerana aku gadis yang sangat susah untuk berkawan dengan lelaki ketika itu. Kawan lelaki yang aku kenal boleh dikira dengan jari.

Tapi, sedikit demi sedikit aku cuba beranikan diri untuk berkawan. Tambahan pula masa tu semua rakan sekerja adalah lelaki. Suka atau tidak aku perlu mencuba. Dia. Aku tidak sedar bila masa aku mulai sukakan dia. Mungkin kerana sikapnya dan gayanya yang bersahaja buat aku selesa.

Aku sempat mengenali dia tak lama. Dua minggu kami bekerja bersama sebelum aku ditukarkan ke shif lain. Dua bulan aku bekerja di situ, aku terpaksa berhenti untuk melanjutkan pelajaran. Aku ingat lagi hari terakhir aku di situ, aku sengaja balik lambat. Sempat aku dan dia ucapkan selamat tinggal buat kali terakhir.

Ketika aku sambung belajar, aku akui sengaja aku cuba untuk berhubungan dengan dia. Kami berbalasan email, sms hampir setiap hari. Ada saja kata-kata semangat dari dia. Ya. Ketika itu aku mulai jatuh cinta pada dia. Tapi, tak pernah sekalipun aku luahkan perasaan aku pada dia. 

Langit tak selalunya cerah. Satu hari aku dapat tahu dia dah punyai insan yang dia sayang. Aku. Bohong kalau aku tidak kecewa. Tapi, siapa aku untuk menghukum dia. Dia berjaya miliki seorang gadis yang cantik sesuai dengan dia. Aku cuma mampu mendoakan dan melihat dari jauh betapa bahagianya dia masa tu. Aku melihat betapa gembiranya dia bila kekasih hati membuat kejutan pada hari lahirnya. 

Aku teruskan persahabatan kami seperti biasa. Aku masih menghubungi dia walaupun aku tahu dia tak akan pernah mengetahui perasaan aku padanya. Niat aku waktu tu cukup sekadar kawan. Tidak lebih dari itu. Ya. Aku berhenti untuk menyayangi dia. Walaupun sukar, aku tetap cuba.

Satu hari, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. Hampir saja dia menangis ketika itu. Dia putus cinta. Satu jam aku mendengar dia meluahkan perasaan sedih hinggakan aku sendiri tidak terkata. Seorang lelaki yang aku sayang dilukai. Hati dia insan yang aku sayang dilukai dengan sedalam-dalamnya. Aku cuma mampu meminta dia bersabar.

Sejak hari itu, kami kembali berkawan baik. Hampir setiap waktu kami berhubungan. Ya. Aku kembali sayangkan dia. Walaupun aku tahu antara aku dan dia mana mungkin ditakdirkan untuk jatuh cinta. Asalkan aku punya seorang sahabat seperti dia dah cukup buat aku bahagia.

Siapa sangka, satu hari aku lafazkan segalanya. Tak pernah aku terfikir untuk meluahkan segala rasa. Hari tu, aku buat pertama kalinya meluahkan isi hati. Malu, segan, takut semua ada. Takut andai dia menolak. Malu andai aku cuma bertepuk sebelah tangan. Tapi, alhamdulillah. Penantian itu berakhir. Rupanya masing-masing punya rasa dalam hati. 

Setahun lebih sudah berlalu. Tak pernah sekalipun aku menyesal kerana memilih dia. Dia insan yang aku sayang sejak dulu. Insan yang aku tak pernah terfikir akan berjaya menawan hati aku. Aku berdoa moga dia yang pertama dan terakhir buat aku. Aku mahu dia jadi sahabat, pelindung dan teman baikku sampai bila-bila. Moga kami sama-sama mampu menjalani apa saja cabaran dan dugaan yang mendatang tanpa ada rasa putus asa. InsyaAllah.

Thursday, September 1, 2016

Ada

Ada kata yang tak mampu terluah
Ada bicara yang tak mampu terucap
Cukup hanya Dia yang tahu
Apa yang ada disebalik satu rasa

Serah Saja

Ada perkara yang kita inginkan tapi kita tak boleh dapat. Perlu tanamkan dalam diri jangan pernah berharap. Serahkan saja pada Allah segala-galanya. Kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.