Tuesday, May 31, 2016

I Don't Want

Dear you
I do miss you
But I don't want
To tell you the truth
Because I don't want you
To feel worry
And feel bad about it

Monday, May 30, 2016

Aku

Aku mendengar mereka berbicara
Aku melihat mereka ketawa gembira
Aku meneliti setiap bait-bait kata
Dalam diam terkesan dalam jiwa
Namun, aku serahkan segala-galanya
Hanya pada Dia Yang Maha Esa

Sunday, May 29, 2016

Saturday, May 28, 2016

Lelaki

Aku pernah membenci lelaki selain dari keluargaku sendiri satu ketika dulu. Aku pernah tidak mempercayai lelaki satu ketika dulu. 

Kenapa? Kerana lelaki selalu menyakiti aku. Bagi aku lelaki hanya pandai mengambil peluang dan kesempatan semata-mata. 

Lelaki. Aku pernah memberi peluang untuk seorang lelaki. Ya. Dia berjaya meraih kepercayaan aku. Dia berjaya mengubah persepsi aku ketika itu. Tapi, dia juga menghancurkan dan memusnahkan kepercayaan aku.

Alam pekerjaan ternyata mencabar aku. Bekerja sebagai juruteknik yang mana hanya aku sahaja perempuan ketika itu betul-betul memberi tekanan. Bagaimana untuk aku bekerja dalam keadaan aku tidak percaya pada lelaki?

Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia hadirkan seorang lelaki yang ternyata berbeza. Seorang lelaki yang mengambil berat. Seorang lelaki yang buatkan aku kembali mempercayai masih ada lagi lelaki baik di dunia ini.

Awak, saya tahu awak akan baca semua ni. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya saat hati saya hancur berderai dan terluka. Awak hidupkan kembali cinta yang hilang dari hidup saya. Awak cahaya. Awak penguat jiwa saya. Awak cinta yang saya inginkan. Moga awak penamat pencarian teman hidup saya.

Always Waiting



Few years ago, this song always in my mind. Moment when I'm afraid to tell the truth feeling.

Selamat Bertunang Kawan

Dear lovely girl,

Selamat bertunang. Lepas ni tak boleh nakal-nakal sangat ye. Merajuk dengan tunang jangan lama-lama ye. Kalau ada apa-apa, macam biasa kita keluar pergi lepak mana-mana. Nak ajak teman buat persiapan kahwin pun boleh. Akhir sekali, jangan lupa share gambar ye my beautiful girl.

Alhamdulillah, best friends dekat pejabat seorang dah jadi tunang orang. Seorang lagi dah jadi isteri orang. I'm happy for both of you.

Friday, May 27, 2016

Satu Kenangan

Hari ni saja tengok gambar lama-lama masa dekat poli. Masa tengah tengok gambar dinner, terpandang satu gambar. Dalam hati terus terdetik 'Ya Allah. Ada lagi gambar ni. Ingatkan dah tak ada'. Lepas tu terus fikir nak padam atau tak. Nak padam sayang la plak. Tak nak padam takut la plak.

Aku ada satu tabiat. Aku suka simpan semua gambar kenangan dan mesej-mesej yang aku rasa bermakna dalam hidup. Aku anggap semua tu kenangan. Tapi, bila aku terluka, semuanya aku akan padamkan dari hidup aku.

Hari ni aku sedar. Dalam hidup sebenarnya ada kenangan yang kita tak boleh padam dari ingatan. Kita mungkin boleh padam atau buang semua gambar ataupun mesej. Tapi, ingatan tak mungkin akan padam.

Ya. Jujur aku masih ingat setiap satu kenangan yang aku punya. Yang membezakan cuma aku tidak lagi terlalu memikirkan kisah lalu. Cukup ia jadi satu sejarah yang mendewasakan aku.

Kau datang dalam hidup aku tanpa aku pinta
Kau bahagiakan aku walau untuk sementara cuma
Kau tinggalkan aku selaju cahaya tanpa sebarang kata-kata
Kau kembali mohon maaf atas keterlanjuran bicara
Namun kau lupa aku bukan lagi dia yang pernah kau cinta

Monday, May 23, 2016

Kisah Malam Hari

Hari ni
Pandu kereta di malam hari
Dalam hati
Tertanya sendiri
Apa akan jadi?
Kalau terbabas melanggar pembahagi
Dalam minda terbayang berkali-kali
Mahu saja cuba dan lihat apa terjadi
Cedera ataupun mati
Adakah ada yang peduli nanti?
There is a time
When silent suddenly kill you

Sunday, May 22, 2016

Impian

Alhamdulillah. Baru ni dapat projek baru. Projek dijangka bermula bulan Oktober 2016 dan dijangka berakhir bulan Mei 2017. Lokasi? Tempat awak. Tempat yang saya suka pergi sebab ada memori tersendiri.

Bila dapat projek baru, perkara yang terlintas di fikiran saya adalah awak. Awak tau apa saya fikir? Saya fikir lagi seronok kalau saya boleh mulakan projek saya sebagai 'single ladies' dan habiskan projek saya sebagai 'married girl'.

InsyaAllah projek saya kali ni perlukan saya terbang ke Bangkok sekali lagi untuk beberapa aktiviti. Saya ada impian. Saya nak bawa awak sekali. Saya nak tunjuk dekat awak bilik di mana saya lafazkan segala-galanya dekat awak. Saya nak awak teman saya masa tu. Itu memang impian saya dari dulu. Tapi, saya hanya boleh bawa awak sekali kalau awak suami saya.

Selain itu, saya nak pergi site dengan awak. Saya harap saya boleh bawa awak pergi site sekali dan dedahkan awak dengan kerja saya. Saya nak buat macam tu supaya awak tau apa saya buat. Saya nak awak redha dengan kerja saya. Saya tak nak awak risau setiap kali saya kena pergi site.

Bila awak ada di sisi saya, saya rasa selamat. Kalau awak nak tau, sejak ada customer macam saya cerita sebelum ni, saya jadi takut. Saya rasa tak selamat. Saya nak awak ada dengan saya. Saya nak awak jadi yang pertama tau bila saya takut.

Awak, selain tu, saya punya impian nak puasa dan raya dengan awak tahun depan. Walaupun saya tau kebarangkalian untuk jadi kenyataan tu sukar, saya tetap tak nak berputus harap. Saya berdoa moga Allah permudahkan segalanya dan makbulkan impian saya.

Awak. Saya tau saya tak boleh paksa awak. Ini sekadar secebis impian saya. Ya. Atas sebab yang sama, saya kata pada diri saya kena kerja keras dan kumpul duit secepat yang boleh. Saya cuma boleh berusaha. Yang lain, saya serahkan pada Allah untuk aturkan perjalanan hidup saya.

Monolog

1. Pernah jatuh hati dengan orang yang hatinya sudah berpunya?

Ya. Pernah.

2. Perasaannya?

Sakit. Walau di luar tersenyum. Walau bicara nampak bersahaja. Namun, dalaman terguris tiada siapa yang tahu.

3. Mengapa tidak saja dilafazkan?

Kerana aku tahu. Kerana aku memahami. Jangan pernah mencipta bahagia atas derita insan lain.

4. Kamu pasrah?

Cinta hanya boleh hadir antara dua insan sahaja. Tiada yang ketiga sampai bila - bila. Untuk apa jadi yang ketiga jika aku tahu tiada ruang untuk aku antaranya.

Suatu ketika dulu. Menyimpan rasa hati dalam diam cukup menyakitkan. Cukuplah sekali. Aku belajar untuk lebih menghargai apa yang aku miliki kini.

One Word

One word to describe my love to you is - INFINITY

Saturday, May 21, 2016

What If?

I asked myself
What if one day
Everything goes wrong
What will I do?

It took me a very long time
To think about it
What will I do?
What will happen?

Can I smile?
Can I be happy?
Can I let go of everything?
Can I?

The truth is
I'm just tired

Thursday, May 19, 2016

Aku Gadis Biasa

Aku gadis biasa
Tak pandai bergaya
Tak pandai menggoda
Apatah lagi bermain mata

Aku gadis biasa
Bukan boleh dibawa ke mana-mana
Kerana aku orangnya
Yang masih kenal dosa pahala

Aku gadis biasa
Yang kau hina segala
Hanya saja kerana
Aku bukannya dia

Tuesday, May 17, 2016

Deep Inside Me

Deep inside me
Sometimes I just want you
To be there next to me

Deep inside me
Sometimes I feel sad
Because you are far away from me

Deep inside me
Sometimes I really miss you
Until I can't sleep thinking about you

Deep inside me
Sometimes I just want to fly there
Just to meet you

But deep inside me
I know it's impossible
To get everything as per my wishes

I closed my eyes
But I can still see and feel you
It is just because
I'm totally missing you

Sunday, May 15, 2016

Wanita Terbahagia



Kerana kamu buat aku bahagia

Ada Rupa atau Kaya?

Ada seseorang pernah tanya aku. Kalau aku diberi pilihan antara lelaki yang kacak tapi tak kaya dengan lelaki yang rupanya biasa tapi kaya mana satu aku akan pilih?

Jawapan aku? Aku pilih lelaki yang punya hati dan budi pekerti yang baik. Tak kacak atau tak kaya tak apa. Kalau sebaliknya bonus. Kenapa?

Mak pernah pesan. Nak cari suami pilih lelaki yang cukup solat 5 waktu. Nak pilih suami pilih seseorang yang rajin berusaha.

Bagi aku, nak pilih seorang teman hidup tak semudah yang disangka. Aku suka kalau lelaki tu rajin berusaha. Aku suka tengok macam mana seorang lelaki tu cari jalan untuk berusaha halalkan hubungan. Sebab dari situ, boleh nampak samada seorang lelaki tu serius atau tidak.

Ada rupa. Kalau lelaki ada rupa ni pun sebenarnya susah juga. Sebab lelaki ada rupa ni ramai peminat. Kena bersiap sedia mental la bila berkawan dengan dia sebab lelaki macam ni adalah idaman kebanyakan wanita.

Lelaki kaya. Aku tak suka lelaki kaya sebab aku ada masalah nak masuk dengan lelaki macam ni. Aku tak suka lelaki kaya yang gunakan kemewahan yang dia ada untuk meraih perhatian wanita. Jangan ingat hati boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi aku percaya tak semua lelaki kaya macam tu. Ada juga yang baik.

Pendek kata kalau aku, aku suka dengan lelaki yang mampu membahagiakan aku dengan semampunya. Aku cuma nak seorang lelaki yang berusaha bersungguh-sungguh untuk nikahi aku. Aku cuma nak seorang yang sayang aku sama atau lebih dari abah aku sayang aku. Aku cuma nak seorang yang mampu bimbing aku dunia akhirat. Seorang kawan baik, seorang suami yang penyayang dan seorang ayah yang dikasihi anak-anaknya. Family man. Itu dah cukup bermakna sama sekali.

Saturday, May 14, 2016

Satu Cerita

Aku suka tengok barang hantaran. Aku suka tengok baju nikah. Aku suka tengok macam-macam bentuk doorgift dan kad kahwin. Pendek kata aku suka semua berkaitan persiapan perkahwinan.

Aku suka jalan-jalan dekat kedai jual barang-barang kahwin. Aku suka sembang dengan mak pasal perkahwinan. Mak pernah kata tak salah pun survey barang-barang atau buat persiapan walaupun tak tau dengan siapa kita nak kahwin. 

Mak cerita dulu bila mak yakin dah bersedia nak kahwin, mak mula beli barang sikit-sikit. Mak buat sendiri bunga telur. Mak beli cadar, langsir perlahan-lahan. Sebulan satu barang. Kata mak supaya tak terasa terbeban bila nak kahwin nanti. 

Baru-baru ni keluar jalan-jalan dengan mak dekat satu kompleks ni. Ada kedai jual barang kahwin baru buka. Saja la jalan-jalan cuci mata. Ada satu bekas hantaran ni memang dah lama aku suka. Bekas kayu. Rasa nak beli je. Harga pun murah dari tempat lain. Mak siap cakap kalau nak, beli je sebab harga dia ok. Tapi, tak pe la. Nanti baru beli. Bila balik, teringat plak. Huhuhu.

Lepas tu jalan-jalan dekat kedai-kedai jual pakaian. Ada satu baju kurung moden tu cantik. Warna off white. Sesuai untuk orang nak nikah atau tunang. Mak tanya nak beli ke. Aku suka baju tu sebab design dia simple. Tapi, sama macam kes bekas hantaran. Aku tak beli jugak. Orang kedai siap nak bagi aku diskaun lagi. Tapi, aku senyum je cakap tengok-tengok dulu.

Tiba-tiba, petang macam ni teringat mak pernah cakap 'kalau boleh mak nak anak perempuan mak kahwin cepat-cepat sebelum mak dengan abah tak ada.' Mak nak abah jadi wali aku masa aku kahwin. Mak siap cakap kalau aku dan adik perempuan ada calon, tahun depan cuti sekolah awal tahun boleh la kahwin. Bila fikir apa mak aku cakap, sedih ada gembira pun ada.

Bila fikir balik, baik aku lupakan sementara benda-benda macam ni. Tapi, susah juga sebab kawan baik aku kat pejabat nak bertunang hujung bulan. Dia dah la rajin ajak aku teman dia cari barang untuk tunang. Hmmm. Nak lari jauh-jauh la macam ni.

Tuesday, May 10, 2016

Never Say

Never say goodbye when you still want to try.
Never give up when you can still take it.
Never say you don't love them when you can't let go.

Monday, May 9, 2016

Tuhan Ajarkan Aku

Tuhan ajarkan aku
Erti kesabaran dengan satu penantian

Tuhan ajarkan aku
Erti keikhlasan dengan satu pencarian

Tuhan ajarkan aku
Erti pertemuan dengan satu pengalaman

Tuhan ajarkan aku
Erti kerinduan dengan satu perpisahan

Tuhan ajarkan aku
Erti kasih sayang dengan satu percintaan

Tuhan ajarkan aku
Erti redha dengan satu perancangan

Tuhan ajarkan aku
Erti cinta dengan satu perasaan

Sungguh, Tuhan ajarkan aku

The Moment

I miss you
The moment I saw your text

I miss you
The moment I got your call

I miss you 
The moment I saw you

I miss you
The moment I laugh with you

I miss you
The moment I spend my time with you

I miss you
The moment I saw your picture

I miss you
And I don't know since when 
I'm started to miss you

Missing someone you love is hurting actually

Monday, May 2, 2016

Customer

Kerja dalam bidang sales ni tak semudah yang dijangka. Dapat customer ok, alhamdulillah. Dapat yang tak berapa ok, memang mencabar.

Tapi, dalam banyak-banyak customer, ada seorang ni agak menakutkan. Bila ada meeting, seboleh mungkin tak nak pergi sorang-sorang. Kenapa?

Customer sorang ni terlebih peramah. Masa trip ke Korea yang tak jadi, siap minta cakap dengan bos suruh aku pergi. Macam-macam cara dia cuba. Siap nak pujuk bos aku la. Lepas tu siap ajak pergi tengok K-pop sama-sama.

Baru-baru ni cuti seminggu. Saja check email, sekali nampak email dia tanya pergi cuti mana lama-lama. Tak pernah lagi dapat customer macam ni. Paling takut bila dia cakap 'you tak join trip, I rasa tak best la.' Bila cerita dekat akak office, akak ni pesan supaya berhati-hati.

Sudahnya, bila pergi meeting memang akan pastikan pakai cincin dekat jari manis. At least kalau apa-apa jadi, cakap je 'maaf encik. Saya dah ada yang punya'. Mau taknya, asal pergi meeting mesti tanya 'you datang sorang je ke?'

Cepat la habis projek dengan customer ni. Lepas ni, memang nak elakkan siap-siap handle quotation dan projek dengan dia dah.

Tiba-tiba rasa nak kahwin cepat-cepat sebab rasa tak selamat.

Sunday, May 1, 2016

Mei

Mei. Bulan yang ada seribu satu kenangan. Suka duka pahit manis semua sempurna. 

Mei. Bulan kelahiranku. Bulan yang ditunggu-tunggu sepanjang tahun. Bulan yang aku pernah dapat surprise party dari kawan-kawan. Surprise party yang tak mungkin dilupakan.

Mei. Bulan cinta. Bulan terlafaznya cinta antara aku dan dia. Bulan yang menyaksikan aku meluahkan rasa hati setelah 5 tahun memendam rasa.

Mei. Tiada permintaan lain yang aku ingini. Cukuplah sekadar dipermudahkan segala urusan untuk mengikat dua hati yang saling menyintai. Moga Mei tahun ini jadi permulaan yang terbaik sebelum tibanya tahun hadapan.